FriEndS

Thursday 2 January 2014

Happy Birthday Muhammad Adhwa' Zafran !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum

Dah lama Mama tak celoteh kat sini... Banyak sangat benda yang nak disettlekan + kesihatan yang tak mengizinkan..

Kat tajuk tu pun dah tahu kan Mama nak celoteh apa..hehe..

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ADHWA' ZAFRAN yang ke 2

Sbenarnya birthday Adhwa' dah lepas 4 hari yang lepas.. (30 Dec)..

MamAyah tak sambut besar-besaran pun..Just beli kek untuk Adhwa'...Alhamdulillah Adhwa' suka kek tu..
MamAyah tempah kat kawan opis Mama...SEDAP!!!!

Ni Mama kongsikan gambar ADHWA' dengan keknya...

Kek Minion 1KG

 
Gembiranya anak MamAyah...




Doa MamAyah semoga Muhammad Adhwa' Zafran menjadi anak yang baik, mendengar kata, Soleh, berjaya dunia akhirat dan juga jadi abang yang baik tuk adik-adik ye...

Wednesday 3 July 2013

Diganggu "hot girl"...

Assalamualaikum

Lama dah mama x celoteh kat sini...lepas Adhwa' bedah 18/6/2013..mama bz skit jaga Adhwa'...tentang Adhwa' nnt mama cerita ye..

Tajuk entry mama tu tak leh bla kan???hahaha..kisah benar ni..kami diganggu "hot girl"... meh mama crita lebih detail ye...

Perkara ni baru je terjadi..(02/07/2013)

10.48pm
Mama dapat 2 misscall dari no 019241***3... (no dirahsiakan ye)..Mama buat tak endah sebab no yg tak dikenali...

10.50pm
Mama dpt msg dari no yang sama
"Call jp"
Mama konfius, tunjuk kat ayah..Ayah cuba call..dia angkat..tapi x cakap..

10.54
Mama dpt msg lagi
"Knape x cakap?"
Bertambah konfius..so, ambil keputusan call dia smula..

11.05pm
Mama call dia
Mama: Hello, siapa ni?
Hot girl: Hello, saya nak cakap ngan owner hp ni..saya tak nak cakap ngan awak
Mama: Saya la owner hp ni (nada konfius)
**putus talian**

11.10pm
Ayah call plak (mama susruh sbb x puas ati)
Ayah: Hello, nak cakap ngan siapa
Hot girl: Nak cakap ngan awak la..
Ayah: Saya ni husband owner hp ni..awak nak cakap ngan siapa sbenarnya?
Hot girl: tak pe la..
**putus lagi**

11.25pm
Mama call (masih tertanya2 knape)
Mama:Hello,awak ni siapa, dan nak cakap ngan siapa
Hot girl: (diam)
Mama: baik awak cakap..kalau x bg no ni kat polis..
Hot girl: Saya nak cakap ngan mamat tadi..peningla..tadi lelaki call..skang pempuan plak..saya nak cakap ngan lelaki la..
Mama: Awak nak apa sbenarnya call saya malam2 ni..lelaki yg call awak tadi tu suami saya..
Hot girl: Ala x kisahlah laki awak ke x..
Mama: Apa masalah awak nak cakap ngan laki saya ni?knapa x nak cakap ngan saya? Knape nak cakap ngan lelaki je..
Hot girl: sbb perempuan kalau call saya mesti nak marah je..
Mama: Mestila marah kalau awak kacau laki orang...
Hot girl: Ala ..bukan saya yang cari diorang..diorang yang kejar saya, cari saya & rebut saya
**sumpah..masa ni mama nak muntah ijau**
Mama: berapa umur awak ni?
Hot girl: dah 20 dah..
Mama: Dik..jaga diri dik..jaga maruah..masa depan panjang lagi..
Hot girl: Ala..x kisahlah... Bukannya saya jual pun..suka2 je..
**masa ni mama rasa nak makan orang**
Mama: ***bebel-bebel**
Hot girl: **ala..abistu macam mana saya nak cari mamat ni..ni dah salah no plak..dia ada bg gambar dia kat saya..
Mama: Mana saya tahu dik oi!!!
Hot girl: Ala..
Mama: dik..lelaki bukan sorang..ramai lagi..sampai jodoh awak nnt jumpa la tu..
Hot girl: sapa nak kawin..org nak suka2 je..
Mama: Sukatila dik..jangan kacau laki akak sudah..akak serang awak nnt..
Hot girl: yelah..yelah..saya x kacau..saya nak cuba call no lagi satu ni..

***Mak ai!!!Hot giler ko dik***

Mama putuskan talian..

Tetiba msg masuk dari "hot girl"
Sorry kak saya ganggu malam2.. 4 no blakang tu saya salah..spatutnya 3*5*.saya call 3*9*..

Hahaha..salah no rupanya..buat cuak mama je..ingatkan betul la ayah kawan ngan "hot girl" tu.. fuhh!! Lega..

Mama sbenarnya x sangka budak perempuan tu boleh cakap macam tu...desperate sangat cari lelaki..x kira laki orang dah...

Ayah plak cakap suara dia serak2 manja..boleh cair gitu...(ha!!???)

Ok..mama nak tido dah...bye semua!!
Assalamualaikum..








Monday 17 June 2013

Cara Lipat Baju 2 Saat

Assalamualaikum

Apa khabar semua..harap2 baik2 hendaknya

Semalam Mama jenjalan kat YouTube..hehe..pastu Mama jumpa video ni..

Hehe..senang je..Lepas ni dah tak leh nak bg alasan tak der masa nak lipat baju ye..






Ok..hope semua seronok ye..

Bye!!!

Wednesday 5 June 2013

Beli 6 PERCUMA 1 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum

Hai semua..selamat Morning.. Sihat harini..Mama harap kawan2 mama ni sihat2 la hendaknya..kalau x sihat..makan ubat ye..tapi..hari ni mama nak cerita tentang BELI 6 PERCUMA 1.. Promosi ni berlansung dari 1/6/2013-30/6/2013 je..

Apa Tu???????????????

HA!!!!!!!!!!
Mealshake!!!

Ape ni??????????????????????
Ni adalah supplement tambahan kanak2 dan dewasa yang pentingkan kesihatan..

Meh sini Mama bebel tentang khasiat MEALSHAKE ni..

Manfaat Utama(sumber: buku panduan nutrisi shaklee)

NUTRISI LENGKAP – menyediakan 19 jenis vitamin, mineral dan zat perlu

MEMBEKAL NUTRISI kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protein (lactose-free) untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku,rambut,organ,darah dll

MEMBANTU TUMBESARAN – mengandungi asid folik, biotin, KAYA DENGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM untuk membina tulang dan sel2 untuk proses membesar

MENGANDUNGI ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

MENGEMBALIKAN SERI WAJAH – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

DETOKSIFIKASI – kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UNTUK CEGAH SEMBELIT)

MENGUATKAN SISTEM IMUN dan membantu melindungi tubuh dari serangan penyakit

MEMBANTU PERKEMBANGAN MINDA dan IQ kanak2

MENAMBAH SELERA makan anak-anak

MEMBANTU MENGURANGKAN ECZEMA kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa

Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan dari bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang SELALU MENGAMBIL MAKANAN SEGERA.. pendek kata, Mealshakes merupakan MULTIVITAMIN dan MULTIMINERAL dalam bentuk serbuk!! Sangat sesuai buat sesiapa yang kurang gemar makan pil =) 

Oi..Oi.. banyaknya khasiat!!!!
Bestkan?? Adhwa' pun mama bagi MEALSHAKE... Alhamdulillah.. dah 3 bulan tak demam..
Jom beli!!!
Kalau ada kekangan kewangan nak beli 6 terus..boleh je beli 1 ngan mama
Mamajual dengan harga MEMBER!!!
Bestkan???
Jom..
commentje kat sisi..tak pun sms/whatsapp mama kat 019-349 3595
ni lagi gambar2 best Mealshake yang digabungkan dengan supplement lain!!!



Untuk tenaga & bertenaga sepanjang berpuasa

Masalah kanak2

Untuk satu family

Untuk naikkan berat badan

Testimonial customer

Untuk anak pintar