FriEndS

Wednesday 30 January 2013

Klinik Kanak-Kanak Serena Bukit Rahman Putra

Assalamualaikum..

Hai..Harini MamaAyah cuti(mc katanya)...hehe.. sebab buah hati MamAyah demam, batuk & selsema..kira pakage la ni..

Hajat hati nak bawa Adhwa' gi Klinik biasa je..tapi mama teringat yang mama pernah terbaca kat satu blog ni dia sanggup datang ke Sungai Buloh dari Kuala Selangor semata-mata kerana Klinik ni bagus...

So, mama ajak ayah bawa Adhwa' ke sana..Masa kami sampai tu Klinik lum buka..so kami pun gi la sarapan dulu..lepas sarapan kami gi smula ke Klinik..

Orang tak ramai..so, mama pun daftar nama Adhwa' dan dapat kad klinik yg ada tulis nama & no file Adhwa'..waktu tunggu jumpa doktor..Adhwa main mainan yang ada kat situ..MamAyah tak risau Adhwa' merangkak kesana kesini sebab kat situ buka kasut..

Dalam 10 minit tunggu..Nurse panggil nama Adhwa'. MamAyah bawa Adhwa' jumpa Dr.Serena untuk pertama kalinya..kat dalam bilik doktor tanya macam2 ttg Adhwa' & bg nasihat macamana nak treat anak-anak yang lahir ujung tahun..lagi2 Adhwa' yang lahir lagi 2 hari nak tahun baru..

Lepas tu baru doktor cek Adhwa'..doktor kata Adhwa' demam biasa & tekak Adhwa' merah sikit..Alhamdulillah..lega MamAyah dengar...doktor pun ada bagi tips untuk anak yang x nak makan & x nak menyusu macam Adhwa' ni..Insya Allah..MamAyah akan ikut nasihat doktor..

Lepas tu kami tunggu ubat untuk Adhwa'..Adhwa' dapat ubat demam..ubat selsema untuk siang..ubat selsema untuk malam..& antibiotik..hehe..lagi satu MamAyah dapat MC untuk harini...hehe cayalah doktor..We love you la!!!

So..MamAyah dah buat keputusan..lepas ni kalau Adhwa' demam/tak sihat..MamAyah akan bawa Adhwa' kat Klinik Kanak-Kanak Serena je..Doktor peramah..suka bagi info..klinik cantik & mesra kanak-kanak...

Kat sini MamAyah letak gambar yang sempat mama snap..hehe...

Wednesday 23 January 2013

Pekerja KFC The Store Sungai Buloh Biadap...

Assalamualaikum..

Mamayah dah start mode berholiday...hehe...so nak santai2 la kan...nak dijadikan cerita, kami g makan kat KFC The Store Sungai Buloh..

Ayah teringin nak makan set snack plate yg ada udang tu...mama lupa plak nama set tu...so, mama pun order la 2 set spicy...cashier yg entertain mama tu cakap ayam tengah masak...tunggu 12 minit...mama pun ok la...lum lapar sangat...still bleh tunggu..

Dalam 14 minit lepas tu mama nampak pekerja KFC dah letak ayam kat tray blakang tu...so kami pun bersedia la...tapi lepas 3 minit still x dpt jgk...customer yg beratur dpt ayam...tapi kitorang????

Ayah pun g la kat kaunter nak tanya...mama tengok ayah bersoal jawab ngan budak kat kauter tu & muka ayah tension giler..pastu ayah datang kat mama & cakap yg ayam x de dah...kena tunggu lagi...uish!! Kesian ayah..mama tahu ayah dah lapar..

Mama pun g la kat kaunter nak dapatkan penjelasan sebab mereka2 yg sampai lmbt dari kami dah pun makan.. ni dialog mama ngan pekerja KFC

Mama : Dik..mana order saya?tadi janji 12 minit..ni dah 20 minit akak tunggu..
Pekerja KFC : Ayam spicy habis la kak...tunggu masak ye..
Mama : lama ke?
Pekerja KFC : Kalau akak nak tunggu je la..kalau tak nak saya bagi yang original (bercakap dengan nada tinggi & sangatla berlagak)
Mama : (hati dah panas) brapa lama lagi saya kena tunggu.?
Pekerja KFC : Tunggu je la..kalau akak nak sangat ambik la yang ori (still nada yg tinggi)
Mama : so, awak nak saya tunggu lagi 30 minit ke? (marah)...

Mama g kat ayah & ajak ayah balik..pastu mama g smula kat kaunter & cakap mama nak cancel order & nak duit mama smula..dia panggil manager dia & manager dia bg jumlah duit yg dia kena pulangkan kat mama..senang kan...sbb bukan kami je yg x dpt order...ramai yg dah serang kaunter...dia bagi kat mama duit tanpa pandang muka mama..langsung x ada perkataan maaf dari dia..sangat biadap..

KAMI BLACKLIST KFC THE STORE SUNGAI BULOH..

Tuesday 22 January 2013

Mamayah berbisnes

Assalamualaikum..
Tahun baru..azam baru..mulakan hidup baru..(macam pantun plak)
Alhamdulillah awal tahun ni mamayah mulakan tahun baru kami dengan menjadi ahli Tupperware.. Dengan hanya bermodalkan RM70, dan dengan bangganya mama sah menjadi ahli tupperware & bermulalah misi mama menjadi bisneswoman yg MESTI berjaya..
Buat masa ni customer mama just family members & friends..Alhamdulillah rezeki.. In Sya Allah.. mama akan lebih kuat berusaha untuk tambah income family...
So, kepada sesiapa yg berminat nak jadi Tupperware members atau berminat nak beli Tupperware pada harga yg murah...just pegi kat facebook baby & U online..boleh visit mamatupperwaremania atau just visit mama punya facebook & pm/inbox je...ataupun boleh je msg/whatsapp kat no 019-3493595(efa)..